Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu telah memberikan pelbagai perspektif
kepada semua orang .. tak kira penganalisis politik, rakyat, raja dan
sesiapa saja. Apa yang paling menimbulkan kecelaruan di minda rakyat
(pengundi) ialah kedudukan PAS dalam PAKATAN RAKYAT.????=85
Kehadiran PAS dalam menceriakan gabungan yang bergelar PAKATAN RAKYAT
telah menimbulkan kesangsian di kalangan ahli PAS itu sendiri.
Siapakah yang membenarkan penggabungan ini sehingga menyebabkan PAS
kini hilang KUKU dalam usaha menegakkan ajaran ISLAM di bumi MALAYSIA
ini. Bukankah taat kepada SULTAN merupakan ajaran ISLAM =85.. tetapi
KARPAL SINGH berjaya menguji kekuatan dan ketaatan PAS kepada ajaran
ISLAM. Sudah pasti=85 pada pemikiran KARPAL SINGH=85 PAS hanya
mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan PAS boleh
bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda
DAP.
Tak hairanlah aku kalau PAS hanya menTOKONGkan diri sambil
mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa media yang membesar-
besarkan isu KARPAL SINGH ini. Tak abis-abis cara PAS menangkis dakyah
=85 pasti media yang disalahkan. Bukankah PAS mahu supaya media
mendedahkan kenyataan atau lapuran yang benar dan telus. Inilah
kenyataan yang dibuat oleh KARPAL SINGH yang secara telusnya disiarkan
oleh media..
Takutkah PAS kepada DAP..sehingga sanggup diperbudak-budakkan,
diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam PAKATAN RAKYAT.
Memanglah PAS hanya benar-benar berkuasa di KELANTAN=85
Di empat negeri lain PAS diibaratkan sebagai seorang BURUH KASAR,
menyokong setiap keputusan yang dibuat oleh DAP. PKR pula hanyalah
penumpang dalam kesemua negeri PAKATAN RAKYAT. Secara tak langsung DAP
telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan PAS.
Bagaimana cekap dan cerdiknya DAP PERAK yang telah memainkan isu
MELAYU dan SULTAN. MB PERAK yang ala =96ala benggong telah dijadikan
boneka dan menjadi alat bagi mencetuskan kemarahan orang melayu. Aku
amat yakin ini adalah penrancangan yang licin oleh KARPAL SINGH dan
kawan-kawan dalam DAP untuk menguji kesetiaaan orang melayu kepada
SULTAN dan RAJA mereka.
Selagi PAS masih dibuai dengan mimpi indah memerintah PERAK, KEDAH dan
KELANTAN .. selagi itulah DAP akan meneruskan agendanya menghilangkan
hak MELAYU dengan menjadikan PAS sebagai KUDA TUNGGANGAN nya. Betapa
ramai cendiakawan dalam PAS tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada
PAS. ISLAM bukan lagi menjadi agenda perjuangan PAS tatkala ini=85.
Mereka hanya mahukan kerusi.